
AYAM MASAK KICAP – SIMPLE DAN SEDAP
Bahan-bahan:
Ayam – 4 ketul potong kecil
Perap dengan garam, serbuk kunyit & serbuk cili @rempahratusmaksiti dan goreng dahulu.
1 paket rempah masak kicap @rempahratusmaksiti – campur dengan air. Guna 1/2je
1 biji bawang besar – kisar halus
4 ulas bawang putih – kisar halus
1 1/2 halia – kisar halus
3 tbs kicap masin @enaqsauce_official
3 tbs kicap manis @enaqsauce_official
Air secukupnya
Capsicum
Bawang besar
Daun bawang
Tomato – belah 4
Cara-cara:
Perasakan ayam dengan serbuk kunyit , serbuk cili & garam. Kemudian gorengkan ayam.
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Bancuhkan rempah masak kicap dengan sedikit air & kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Gaul sehingga sebati.
Setelah pecah minyak, masukkan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan ayam, bawang besar, capsicum, tomato & daun bawang. Siap!
Resepi oleh @kakpating
–> Lihat resepi ini ikan kicap pedas.