IKAN KICAP PEDAS MUDAH DAN SEDAP – RESEPI ENAQ

Siapa yang dah cuba resepi ikan kicap pedas dari AzieKitchen? Anda wajib cuba tahu, mana tahu menjadi hidangan yang sesuai untuk meraikan tetamu anda hujung minggu ini.

Kalau dah cuba, jemput cuba pula versi kami yang paling simple & ummphh juga.

Jom lihat resepi!

Bahan-bahan:
4-5 potong ikan kurau dan perap sekejap dengan, jus dari 1/2 limau kasturi, 1 sdm serbuk kunyit &garam secukupnya.

Cili Kicap:
3 bawang putih.
4 bawang merah.
10 cili padi, potong halus.
4 sdm kicap lemak manis Enaq.
1 tomato, potong dadu.
1/2 limau kasturi.

Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
Hiris bawang merah dan bawang putih kemudian goreng hingga harum.
Angkat dan letakkan kedalam mangkuk dan masukkan cili padi, kicap manis, tomato dan perahkan limau kasturi.
Siramkan keatas ikan goreng.

Siap!

ikan kicap pedas

Jangan lupa tag kami di IG  Enaq kalau dah cuba resepi ikan kicap pedas, simple dan paling sedap ini okay!

Resepi oleh @through_helenaeyes

–> Lihat resepi ini brokoli goreng bawang putih.

 

Kini anda boleh dapatkan Kicap Enaq secara online di 

Sorry, the comment form is closed at this time.