
AYAM MASAK KICAP : CHINESE STYLE
Admin suka masak, tapi dalam masa yang sama nak masak simple-simple tapi hasilnya wallaaaa. Masak ni ada pelbagai cara. Nak masak ayam masak kicap pun ada berpuluh-puluh resepi. Itu yang dah discover, yang belum jumpa? hehe
Hari ni kita cuba pulak resepi ayam masak kicap chinese style. Gerenti sedap, dan yang penting tak renyah!
Bahan-bahan:
300gm daging ayam, dipotong kecil
1 inci halia, dihiris halus
3-5 ulas bawang putih, diketuk
Sedikit serbuk stok ayam
4 sudu makan KICAP LEMAK MANIS ENAQ
2 sudu kicap pekat
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-Cara:
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Masukkan bawang putih diikuti oleh halia sehingga kekuningan dan keluar bau.
Masukkan daging ayam, dan kacau rata.
Tutup kuali dengan tudung kuali.
Biar pada api sederhana sehingga ayam masak kira-kira 5-10 minit.
Sekali sekala gaul rata bagi membolehkan daging ayam masak sekata.
Masukkan KICAP LEMAK MANIS ENAQ, kicap pekat dan serbuk stok ayam.
Gaul lagi sehingga rata.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi oleh Kamalia Lee
–> Lihat resepi ini Resepi sayur cendawan shitake & brokoli.