Ayam Masak Kicap Palembang
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong dan digoreng 3/4 masak
3 biji bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | dihiris
250gm cili kisar
3 biji cili merah | dipotong panjang
3 biji cili hijau | dipotong panjang
125ml kicap manis ENAQ
60ml air asam jawa
3 tangkai daun kari
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN TUMBUK:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2.5sm halia

CARA MEMASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama daun kari sehingga naik baunya.  |  Masukkan cili kisar, kicap manis ENAQ serta air asam jawa. Biarkan hingga garing.  |  Kemudian masukkan ayam dan bersama cili merah dan hijau. Biarkan masak seketika.  |  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.  |  Biarkan masak sehingga sedikit kering dan angkat.  |  Sedia dihidang bersama nasi minyak atau nasi tomato.