PETUA MENCUCI SAYURAN YANG KOTOR

Kebiasaannya para suri rumah mengalami kesukaran mencuci sayur-sayuran. Dah cuci tapi masih ada telur, ulat atau tanah.

Adakah anda tahu betapa berbahayanya semburan racun perosak dan kulat yang digunakan pada tanaman seperti buah-buahan atau sayur-sayuran? Bagaimana pula cara anda membersihkan sayur dan buah selama ini?

Kami ada petua yang terbaik!

Bersihkan sayuran dengan air sepintas lalu, setelah itu rendam sayuran tadi sehingga ianya tenggelam di dalam mangkuk. Kemudian masukkan garam dan cuka didalam mangkuk dan biarkan seketika.

Hasilnya kotoran dari sayuran tadi akan mudah terkeluar dan memudahkan lagi untuk anda mencuci sebelum anda memasak.

Selamat mencuba!

Lihat resepi ayam panggang Kicap Enaq. Klik di sini

Category:

Date: