PETUA MENGHILANGKAN BAU DI DALAM PETI SEJUK

Korang macamni tak? Beli makanan mesti ada lebihan, konon nak simpan untuk esok. Tipulah kan. Sebab 2 minggu lagi mesti makanan tu masih bersarang dalam peti ais. Siap pakej bau dia pulang balik.

Masalahnya, bukan saja makanan yang sudah expired ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, malahan terlampau banyak bahan-bahan yang disimpan dalam peti ais pun turut sama mengeluarkann bau yang kurang menyenangkan.

Jangan risau. Apakata cuba petua yang paling mudah ni dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang senang dapat tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan.

Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer).

Tadaaa..

Mudah kan? Anda juga boleh menetapkan rutin mencuci peti sejuk sekali setiap minggu.

Ini bagi memastikan peti sejuk sentiasa kekal bersih dan berbau segar.

Apa lagi, jom cuba petua mudah ini!

Selamat mencuba!

 

Lihat resepi sayur brokoli di sini

note: Kredit photo Photo: KungChuyada/Shutterstock

 

Category:

Date: