PETUA MENGHILANGKAN TANGAN PIJAR KERANA CILI

Kerja-kerja yang berkaian dengan cili, sama ada anda memotong, menggunting, atau menumbuk cili akan membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih.

Inilah yang dikatakan pijar.

Jika anda tidak tahan dengan pijar cili atau rasa panas ketika menumbuk, menghiris dan mengiling, anda boleh mengatasinya segera dengan menyapukan sedikit garam atau pun minyak kelapa dikeliling tangan dan dekatkan tangan anda pada api dapur. Memang mulanya tangan anda terasa begitu panas bagaikan terbakar, lama kelamaan rasa panas itu akan hilang. Sesudah itu cuci tangan anda dengan sabun dan air bersih.

 

Selamat mencuba!

Petua hilangkan hanyir makanan laut. Baca di sini

Category:

Date: